Tuesday, April 18, 2017

Ayah

Dalam dunia ni, ada orang yang memang tak pandai nak tunjuk kasih sayang-- macam abah-abah kita dulu.

Arwah abah jarang nak cakap dia sayang anak-anak. 

Tapi dialah yang suruh mak call tanya duit cukup tak.
Dialah yang akan call setiap 10 minit kalau naik bas dari kl ke jb sorang-sorang.
Dialah yang akan tunggu kat stesyen bas satu jam dari jangka masa bas sampai.

No. Dia tak cakap dia sayang. Dia tak cakap dia concern -- but if we learn to "listen" more, he loved us more than anything in this world.

Saya sering terlupa pada sifir ini. Hingga disentapkan kembali. 

Mungkin kita selalu berkira-kira-- ah asyik aku mengalah, aku jela yang nak kena baik hati. 

Kita berkira pada malam hening yang kita stay up menjaganya sakit sampai pagi, walhal kawan kita tu, waktu kita sakit, pukul 10 dia dah terbongkang sepi.

Itu yang kita nampak. Yang kita tak tahu mungkin pukul 10 itulah waktu terlewat untuk dia tidur. Di siang harinya sambil bekerja sibuk memikirkan kita.

Dia tak tanya. Tapi dia kisah. 

Just dont let them taste their own medicine -- we dont even know whether out medicine is good for them. 

Be yourself, the kind you. The soft you, the caring you-- but dont judge other people's way of showing that they do care.

Terima kasih abah, atas sebuah pengajaran yang cukup bermakna.

I miss you. Al-Fatihah.

SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

Thursday, January 28, 2016

Cinta

Mungkin sekarang kamu hadapi cabaran

Tapi percayalah...

Pada masa akan datang, Allah akan memberikan kamu sesuatu ganjaran

Kadang kita tak yakin dgn dia (Allah)

kita akan rasa terpanggil untuk dekat dgn Dia (Allah) bila di timpa kesusahan & kesedihan...

sedih sekali kita...


bukan kita ... aku ni pun sama...

tapi aku cuba belajar dari satu tapak ke satu tapak yg lain..

so .. sama2 kita lah dalam mencari "Cinta" Tuhan

oklah setakat ni update aku...
ada jodoh aku update lagi..
keje aku ni mmg suka update bukan utk sapa2.. 
untuk aku sendiri...
so mana yg nak join aku "sentap" tu silakan๐Ÿ˜€๐Ÿ˜˜

SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

Saturday, January 2, 2016

End 2015

Assalam.

Antara ribuan komen tentang kematian, ada 1 komen yg sgt meruntun jiwa..Semuga kita sama2 dapat mmbacanya.. 

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. 

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! 

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tazkirah KEMATIAN di atas terbaik menutupi hujung tahun 2015 ini. Semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku... kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi? 

Saya ingin memohon maaf atas apa jua kesalahan.

Semuga tahun 2016 dan seterusnya akan lebih mengeratkan lagi silatulrahim kita semua. InsyaAllah


SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

❤️Sweet❤️

'kahwin tu bila kau dah ready nak kejut orang sebelah bangun semayang malam, bersilat masak dan hidang makanan walaupun tengah malas berganda, pujuk dan suap bila orang tu susah nak makan, memaafkan walaupun bukan salah sendiri, menerima kekurangan dengan senyuman, menadah telinga dengar cerita walaupun tengah tak ada mood nak layan, berdiri berlari silap ari bulan terbang buat macam macam walaupun mengantuk dinding pun nampak macam tilam, saling mengingatkan soal pakaian dan solat seperti dai'e, sabar melayan dan memujuk macam jaga baby umor setahun walaupun tengah penat sebakul, menidorkan walaupun mata masih segar bugar, tersenyum walaupun tengah moody, dan bersedia menghadapi hari esok untuk rutin yg sama sekali lagi' 

walaupun bukan setiap hari begini heee tapi itulah perumpamaan perkahwinan, commitment lelaki mahupun perempuan.. jangan mengeluh sebab tak kahwin lagi, tanya diri dah ready ke nak hadapi semua ini? :-) just prepare okeh!

*psss: tapi bagi aku kahwin mmg best! Heee jangan kahwin kerana cintakan seseorang, kahwinlah kerana Allah, lalu kau mencintai seseorang...


SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

Monday, December 28, 2015

๐ŸŒธPesanan Buat Yang Cantik๐ŸŒธ

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.


Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.

Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia .

Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

Untuk Mu ADAM~~~

♥ Secebis Ingatan Buat Adam ♥



Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 

Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.



Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.



Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.

Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.

Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?

Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.



Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?

Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?



Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.

Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.

Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.

Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam... 

Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.

Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...

Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Ikhlas dari Hawa abad ini...


SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

Saturday, December 19, 2015

Kasih sayang~~~

Morning.... guyss~~~
Pagi yang sangat happy bg aku.Nak tau sebab apa hmmm sebab aku ada kat kampung Aku "Utara"..hahah tak mau habaq tang mana sat g ramai yg mintak "sign"๐Ÿ˜๐Ÿ˜ada ke....๐Ÿ˜
••••••••••••••••••••••••••••••••••
0k.. 
Tanda kau sudah matured,

"kau mula banyak bersabar, tidak mengikut hati dan malas melayan benda yang menyakitkan hati.
hahaa tak kan sekrg baru nak matured~~ just kidding je.. cuma nk bagitaulah org yg matured ni macam ni ,bukan sebab dia merajuk bagai..0k๐Ÿ˜€
••••••••••••••••••••••••••••••••••
0k~~ aku nak share lah "happy" aku ni moga aku tersenarai dalam golongan manusia yg "bersyukur"๐Ÿ˜€
Syukurlah banyak2.. sbb byk sgt yg Allah bagi kat aku ni..

Bye see u... guys
sat naaaa~~๐ŸŒธ๐ŸŒธ

SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

Thursday, December 17, 2015

Suprises~~~~

Assalammualaikum.., 

hai lama sy tak update,sgt2 lama.Setelah sy hijrah kan semuanya ,sy hilang buat seketika lamanya.

Alhamdulilah pelajaran dalam hijrah yg sungguh bermakna.sy menilai segala yg telah Allah aturkan pada sy.

Hanya sy dapat share kat sini adalah :-

"Yang betul-betul baik dan terbaik, selalunya datang lambat. Percayalah, hanya perlu sabar dan terus berdoa."

Trust me.

0k lah kita jumpa lagi.. mcm bz sgt je sy kan...

sebelum tu nak Belanje satu Gambar utk korang..."Hargailah Masa ye"~~ ke korang Minat dgn Jam ni.. ada je sy jual๐Ÿ˜๐Ÿ˜€
0k bye kesayangan~~~


SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

Thursday, April 18, 2013

DI SINI ANA BERMULA,,,

Alhamdulillah... Hanya perkataan itu yang mampu aku ucapkan.. Sujud 1000 tahun pun tidak cukup atas nikmat yang tak ternilai ini.. Terima kasih ya Allah atas hidayah yang tidak terhingga ini. Sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku cuma gadis biasa, bukan dari sekolah agama, bukan juga dari keluarga ulama.. Aku hanya ingin berkongsi cerita tentang nikmat Allah yang tak terhingga buat hambaNya..







SUKA TAK ENTRI NI?,,jom comment dear ;)

'COPYRIGHT BY SITI SALWANA OFFICIALLY BY THE BLOGS OF SITI SALWANA @ 2012'